Sunday 1 May 2011

.AYAT YANG KAMI KAUM WANITA SELALU GUNA BILA DENGAN LELAKI.

Assalamualaikum and salam 1 bloggers :) Lame tak update belog . rinduuu . wooo~ Arini tajuk entry belog aku ialah teng teng teng ~ AYAT YANG KAMI KAUM WANITA SELALU GUNA BILA DENGAN LELAKI~



FINE
Ini la yang kami suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila kami rasa kami yang betul dan korang kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila kitorang sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa pergaduhan je .

PERGILA DULU.
Tetiba kami cakap pergila dulu, time korang tengah jalan2..so korang jalan la dulu..woi lurus bendul tul larr...maknanya korang tersalah cakap la tu, tu yang kami suh korang pegi dulu. BENDUL~

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. kan kan ? adil kan ? hahaha~


JUM
Pekataan jum..xleh caya sangat.hehe contoh bila  nak kuar..so da kami kata jum jadi korang cepat2 pi, bila korang sampai xder pon kami..adesh..bila msj..jap2..jum kami tu upernya 10 min baru kami nak  turun..hehe

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan korang perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan kami yang inginkan korang berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat kami menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. korang hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan kami akan bercakap kembali dengan korang dalam masa 'LIMA MINIT' apabila kami dah sejuk. *itupun mungkin hanya jangkaan ! hee~

                                                             
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna kami merasakan korang adalah seorang yang bodoh ketika itu dan korang  sendiri terfikir kenapalah korang menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang kami berasa puas. Adalah lebih elok jika korang duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan kami akan kekal puas hati. ^.^

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna kami ingin berfikir panjang sebelum kami membalas terhadap perbuatan korang yang telah menyakitkan hati. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. heheh

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, korang akan dilanda masalah yang besar. *adakah anda faham . lu pikirlah sendiri :D

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi korang peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah korang lakukan. korang mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan korang tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. dan ia juga bermaksud kami tidak berpuas hati atau tidak terima kata-kata ini(kalau ditambah ekpressi muka kan best ).

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. jgn cepat menggelabah cakap.."tengok , dia da berkenan kat aku". please dehhh ~

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. kalo yang bendul tentu korang cakap, "xlah sikit je ni, nak saya buat lagi x?'" (penampar sudut 360 darjah singgah di muka korang).
Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada korang. Ini menunjukkan yang korang telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat kami berkata 'TAKDE APA-APA'.selepas itu kita akan berlalu pergi,siap sedia lah  sebab pasni korang akan berperang mulut di fb,hp, email , ym dan surat.wewewe
                                             

perempuan lebih bersifat kepada apa yang tersirat dari yang tersurat..so korang kena faham la..apa yang disebalik kata2nya macam udang di sebalik mee...dan kata2nya selalu berkias..adeshh agak susah..namun yang pasti kami hanya ingin disayangi, dimanjai  dan dihargai...so ada awek buatlah ada awek yer...hehe jagalah apa yang boleh dijaga..


AWAKLAH YANG SALAH/SEMUA NI SALAH AWAK.
pernah dengar tak ayat ni?ke hari-hari.?hehe ayat ni korang akan dengar sama ada itu salah korang ataupun salah kami..janji kami dapat cakap korang salah kami akan puas hati,kami nak korang bertanggunjawab r kiranye.da tu marah korang kaw2 punyer..ianya adalah satu cara kami menenangkan diri yang serabut, gelisah atau pe saja..paling penting,wuuuu padan muka korang kan kena sound jek padahal bukan korang yang wat.haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...